Thursday, 11 July 2013

Pengenalan buat kita sang kehidupan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah. Tuhan sekalian alam.
120713 bersamaan 3 Ramadhan 1434H, moga hari ini lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Ini bukan luahan. Ini bukan cereka hidup pemilik Selipar Jepun ini.
Tapi --
segalanya hasil seni yang ingin aku perjuangkan.
Karya perwiraku iaitu papaku.
Karya yang dihasilkan namun ditolak mentah-mentah,
sebelum aku dilahirkan lagi.

Aku menyusun peluang ini.
Untuk kita sama-sama hayati.
Kerana tiap bait kata, bagi aku walau sepatah,
maknanya beribu warna.

Aku menyediakan wadah ini,
Untuk kita saling mengingati,
Kerana tiap saat kita lupa, tatkala hidup selalu bermewah,
pada pencipta, Sang Illahi.

Papa aku--
Menulis kerana seni
Menulis kerana minat
Menulis kerana idea,
yang makin hari makin berlimpah
Dan dia menulis,
kerana menulis itu satu perjuangan.

Pinta kami.
Berimaginasilah.
Bak kata kak Fynn Jamal--
   ianya percuma
Kata orang Indonesia--
   ianya gratis




buat kita semua--

tajuknya mudah, PENGEMBARAAN SUCI.
karya ayahandaku, Mr. Manir
pada tarikh keramat 190291
mengisahkan pengembaraan Zulkaleb, seorang pemuda Islam yang sedang dalam perjalanan ke Soghiana. Di pertengahan jalan dia telah bertemu panglima bernama Hamor yang membawa seorang puteri bernama Puteri Asfina.

Jika ingin tahu, bak kata omputeh --
STAY TUNED
TO BE CONTINUED

dengan basmalah ku buka
maka dengan ia ku tutup

selamat malam
بسم الله الرحمن الرحيم

No comments:

Post a Comment