بسم الله الرحمن الرحيم
Di suatu zaman kelamnya silam,
Di suatu sudut dunia terbentang,
Sesudahnya terserlah cahaya kebenaran,
tapi -- di suatu sudut masihnya terhalang,
Tatkala manusia beberhalakan tuhan-tuhan,
Di zaman mana masa seolahnya panjang,
Bermulanya ceritera sejarah terbilang,
Satu kisah sebuah kiasan,
Untuk pengetahuan dan juga renungan,
Ku hadiahkan ceteranya untuk warisan
padamu bestari arif budiman...
-Mr. Manir-
****
Di dalam catatan sejarah moden, antara tahun 328-325 sebelum Masihi, Iskandar Zulkarnain dari Macedonia iaitu sebuah negara di utara Greece telah membuka satu lebuh raya baru di anara benua Eropah dan Asia. Inilah lebuh raya antara benua yang pertama di dunia dan yang terpanjang pernah dilahirkan oeh manusia. Dengan adanya lebuh raya ini -- terbukalah dunia yang masih sempit dan gelita waktu itu dan tereratlah lagi hubungan antara beberapa keturunan Adam dan Noah, yang telah lama terpisah dan terbeda oleh suasana tempatan masing-masing. Dan dengannya sejarah manusia menjadi semakin maju dan bergelora.
Sebelum Iskandar meninggal di dalam kemabukan dan keresahan kekuasaannya, dia telah sempat mengikuti jejak rasa maharaja-maharaja Parsi dan tradisi Timur sebelumnya dengan mengishtiharkan dengan menggelarkan dirinya raja-Tuhan (Godking) kepada tanah jajahannya dan dengan itu seluruh empayarnya mentaatinya. Bangsa-bangsa yang ditaklukinya semua tunduk kepadanya melainkan bangsanya sendiri-- bangsa Yunani atau Greek hanya ketawa berdekah-dekah dan memperolok-olokkannya.
Dan dia mati dalam usia yang muda. Cuma 33 tahun, dalam penuh kekecewaan. Tapi sebelum dia pergi, dia sempat melihat betapa pesatnya tumbuh perhubungan antara Barat dan Timur. Eropah dan Asia di sepanjang lebuh raya yang dirintisnya itu.
Lebuh raya ini kemudiannya lebih dikenali oleh dunia Barat sebagai Jalan Sutera atau The Silk Road. Beberapa bangsa yang gagah dengan tamadun dan budaya masing-masing telah naik bangun dan turun runtuh dan ada pula yang terus pupus hilang daripada catatan sejarah di sepanjang lebuh raya ini. Pertukaran barangan, ilmu pengetahuan, alat-alat perdagangan dan kebudayaan berkembang dengan begitu pesat. Dan begitulah juga sains ketenteraan bangsa-bangsa itu. Sekarang ini masih ada bangsa-bangsa yang kekal tinggal di sepanjang Jalan Sutera yang kini telah ditenggelami masa. Tapi keseluruhan bangsa-bangsa dan suku-suku manusia itu kini elah wujud dalam satu intergrasi kaum, dan ada juga sebahagian mereka telah lupa asal-usul mereka-- dan antara mereka yang telah hilang namanya itu ialah bangsa Soghia.
Sekarang bangsa Soghia ini telah hampir luput di muka bumi ini. Hanya beberapa buah perkampungan kecil mereka sahaja yang wujud terpencil di Asia Tengah, pastinya dengan bilangan penduduk yang kecil. di suatu dataran tinggi di Asia Tengah, di perkampungan bernama Yagnob, Russia masih tinggal bangsa Soghia ini dengan jumlah penduduk cuma lebih kurang 10,000 orang.
Sebenarnya bangsa Soghia telah ditenggelami oleh bangsa-bangsa serumpun asalnya seperti bangsa-bangsa Ubzek, Tajik, Kighiz, Kazakh dan lain-lain yang bercambah dari kombinasi rumpun Tartar-Aryan di Asia Tengah. Boeh dikatakan bangsa Soghialah bangsa yang termaju pada suatu ketika dahulu di tengah-tengah Jalan Sutera itu. Merekalah orang-orang yang pintar ulung dan berwibawa di antara Eropah dan Asia. Mereka adalah saudagar-saudagar pintar dengan sistem huruf, matawang dan kebudayaan yang telah tegak beratus-ratus tahun sebelum mereka dicabar oleh sejarah pembaharuan yang melanda bangsa-bangsa di Asia Tengah itu.
Mereka adalah pemilik tamadun yang diasaskan atas kepercayaan penyembahan berhala campuran agama Hindu, Mahjusi, Buddha, Animisme dan sihir. Kehidupan mereka unggul dengan kemewahn istana-istana dan rumah kediaman yang besar serta kebun-kebun tanaman yang menjadi. Beitulah hakikat luarannya jika dilihat pada bangsa Soghia pada tahun 700-850 Masihi. Tapi pada hakikat dalamannya, bangsa ini elah dilanda oleh penyakit mora yang menggugat goncang keharmonia dan kemewahan mereka. Bangsa Spghia telah berpecah sejak awal kemewahan tamadunnya kepada beberapa buah negeri yang sederhana besarnya iaitu sebelum kedatangan zaman pembaharuan di benua Asia Tengah itu.
Cerita ini seterusnya menonjolkan sebuah kisah-- bagaimana hikmah Allah s.w.t Tuhan Yang Mutlak, Yang Esa memperlihatan tanda-tandaNya, kudrat dan iradahNya, dengan menguji suatu bangsa dengan satu bangsa yang lain dan bagaimana Yang Mutlak, Yang Esa membiarkan manusia berperang dan berdamai dalam menggerakkan zaman pembaharuan dalam kalangan manusia sama ada dengan menemui, menentang dan menegakkan kalimahNya sesamabangsa sesama manusia di atas muka bumi ini.
Cetera ini berkisar di suatu sudut kecil dalam kancah kamus sejarah pergolakan perjuangan manusia dengan kepercayaan, kekuasaan politik, ketenteraan, ketahanan diri dan kecintaan yang dimiliki dan dipertahankan oleh individu-individu yang menggerakkan pergolakan ini.
Allahu A'lam